26 December 2011

Ombak Besar Lepasi Benteng PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)




Ya Allah,sampai macam tuh sekali air naik..Btw PcB ni menjadi salah satu tempat FAv aku kalau la ad mase lapang .Aku suka pergi makan-makan ,jalan-jalan..Tempat boleh dikatakan ramai pengunjung datang lagi-lagi weekend..Dengan makanan yang Tak kurang juga hebatnya..


 :: Tak sangka pulak Pantai ni jadi tajuk utama dekat dalam BULETIN UTAMA tv3 hari nih::

Pantai Cahaya Bulan, di Kelantan turut terjejas dengan fenomena bekembar itu.

Ratusan pengunjung yang sedang menjamu selera, cemas apabila ombak besar melepasi benteng dan memasuki kedai makan di pesisir pantai itu malam tadi.

Kejadian membabitkan 30 peniaga, kedua-selepas 2004 sewaktu Tsunami melanda Asia.

Fenomena air pasang besar selama tiga jam, menyebabkan rata-rata kedai dimasuki air setinggi 0.3 hingga 0.5 meter. 

Keadaan kembali tenang selepas 10 malam apabila ombak mula reda.

Berikutan kejadian itu, peniaga menggesa pihak bertanggung jawab agar mengambil tindakan segera, mengelak kejadian sama berulang.

Mereka mahu, pihak berkuasa, membina benteng lebih tinggi.





Kalau korang nak tengok lebih detail lagi ..tgk dekat link nIh..


http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Ombak_Besar_Lepasi_Benteng.html

 >Kepada peniaga-peniaga dekat situ hope sabar la okay..Ini semua dugaan daripada NYA..kita mesti bersyukur sebab dekat tempat org lain lagi teruk bencananya...



No comments:

Post a Comment